26 Januari 2012 - Hujan renyai-renyai menemani suasana pagi di Bandaraya Kuching. Pukul 8.30 pagi, aku mendaftar keluar dari hotel dan meneruskan perjalanan pulang ke Miri. Keadaan jalan raya agak lancar, mungkin warga Kuching masih lagi dalam mode bercuti Tahun Baru Cina.
9.45 pagi - Tiba dan singgah di Bandar Serian untuk bersarapan pagi. Mujurlah tidak sukar untuk mencari kedai makan Melayu di sini. Bandar Serian tidaklah besar sangat, dan dari bulatan bandar ini dapat dilihat papan tanda arah ke Tebedu yang bersempadan dengan Bandar Entikong, Indonesia. Dari cerita teman-teman orang Sarawak, Tebedu dahulu memang sangat popular sebagai tempat membeli-belah di sempadan, tetapi sekarang in

i peranan itu diambil oleh Pasar Serikin di daerah Bau.
Jika Miri ada arca Kuda Laut, Sibu ada arca Angsa, Sri Aman pula ada arca Merpati, manakala di Bandar Serian pula ada arca Durian sebagai mercu tanda Bandar Serian yang popular dengan buah duriannya.
10.30 pagi - Meneruskan perjalanan ke Sri Aman dalam keadaan cuaca yang mendung dan hujan renyai-renyai. Untuk hampir 25 km pertama, aku terperangkap dalam deretan panjang kenderaan yang bergerak terlalu perlahan gara-gara karenah para pemandu Malaysia yang sangat 'menghormati' dan 'segan' untuk memotong kereta peronda polis yang berada di hadapan sana.
1.00 petang - Singgah di Bandar Sri

Aman untuk berhenti rehat dan menunaikan solat. Tidak seperti suasana sebelum ini, Bandar Sri Aman nampaknya sudah kembali hidup.
2.30 petang - Meneruskan perjalanan ke Sarikei. Jika sebelum ini aku bermalam di Bandar Sibu, tetapi kali ini aku hendak bermalam di Bandar Sarikei pula. Jarak antara Sri Aman dan Sarikei lebih kurang sejauh 178 km. Berbanding

perjalanan sebelum ini iaitu pada hari kedua ke arah Sri Aman, pemanduan pulang kali ini pula terasa lebih cepat dan selesa dengan jumlah kenderaan yang tidak banyak serta kemunculan lorong-lorong memotong yang lebih kerap.
25 km sebelum sampai di Bandar Sarikei, aku melintasi perhentian Taman Rimba Sebangkoi. Aku pada mulanya memang memasang niat untuk singgah dan berehat di situ, tetapi entah kenapa mungkin kerana dihambat rasa tidak sabar ingin cepat sampai, aku akhirnya memilih untuk abaikan sahaja niat itu.
4.30 petang - Tiba di B

andar Sarikei. Aku menginap di Southern Hotel dengan kadar bilik RM48 semalaman. Lewat petang setelah membersih dan merehatkan diri, aku keluar memandu bersiaran di sekitar Bandar Sarikei yang agak lenggang dan tidaklah sebesar mana. Seperti Bandar Sibu, Bandar Sarikei juga terletak di tebing sungai Rejang dan dari terminal jeti, orang ramai boleh ke Bintangor dan Sibu dengan menaiki bot ekspres.

Jika Serian terkenal dengan buah durianny

a, Sarikei pula terkenal dengan buah nenasnya, maka berdekatan dengan jeti terminal satu dibina sebuah arca Nenas sebagai mercu tanda Bandar Sarikei.
Dari hebahan radio di dalam kereta, aku mendapat tahu terdapat satu expo pemasaran yang akan diadakan di Central Market Sarikei pada keesokan harinya. Dan secara tidak sengaja,

aku bertemu dengan lokasi Central Market itu dan singgah di gerai-gerai jualan yang sudah pun mula beroperasi. Aku tidak membeli apa-apa, sekadar melihat-lihat sahaja kerana tiada apa yang menarik pun dengan barang jualan yang biasa dilihat di pasar malam seperti makanan-makanan bergoreng, kerepek-kerepek, tudung-tudung, baju-baju jersi serta barang-barang murah Made in China.
Dari Central Market, aku meneruskan pencarian untuk makan malam. Aku berjaya menjumpai tiga buah kedai makan Melayu, tetapi ketiga-tiganya tengah siap berkemas untuk menamatkan perniagaan mereka hari itu memandangkan waktu pun sudah menjelang senja. Jadi apa lagi pilihan yang ada? Jomlah kali ini kita ke SugarBun pula.
It was kind of sad though, at some point it seemed like this whole trip had been more on eating fast food meals rather than enjoying local food like I would have imagined. However I felt no regret or disappointment. After all I've been through, I've kept an open mind. Aku menghabiskan malam di Sarikei dengan hanya melepak di bilik hotel sambil menonton TV, tambahan pula di luar sana hujan lebat turun mencurah-curah hingga ke pagi.