Saturday, February 26, 2011

Aku dan Kota Kinabalu (Bahagian 5)

Pantai Tanjung Aru

Dari Stesen Bas Bandaraya Kota Kinabalu, aku menaiki bas no. 16A ke Pantai Tanjung Aru dengan tambang RM1.30. Alahai, rupa-rupanya bas ini juga menggunakan laluan yang sama ke Muzium Negeri Sabah. Kalaulah aku tahu itu semua, tidak perlulah aku berpatah balik ke pusat bandar.

Untuk pengetahuan, bas ini juga akan singgah di KKIA-Terminal 2, yang jaraknya cuma 1 kilometer sahaja dari Pantai Tanjung Aru (Pantai 1).

Perjalanan ke Pantai Tanjung Aru (Pantai 1) mengambil masa lebih kurang dalam 25 minit. Ramai juga pengunjung yang sedang beriadah ketika aku sampai di sana. Tetapi aku memutuskan untuk mencari tempat makan dahulu, lalu singgah di sebuah food court yang terletak di penghujung deretan restoran-restoran berkelas yang ada di situ.

Harga makanan di food court di sini bolehlah dikatakan agak berpatutan. Menu yang paling popular di sini aku agak tentunya satay ayam dan jus buah-buahan, kerana itulah perkara pertama yang disyorkan oleh pelayan di situ ketika mengambil order.

Tetapi aku sudah jemu dengan satay ayam, dan oleh kerana terpanah dengan hidangan lamb chop orang di meja sebelah (Yes, I like to eat other people's food), aku pun order menu yang sama dengan segelas Nescafe tarik.

Aku berjalan menuju ke pantai dan duduk menikmati pemandangan petang Pantai Tanjung Aru di atas satu tunggul kayu di bawah sepohon pokok ru yang tumbuh merimbun di sepanjang pantai.. Kelihatan ramai pengunjung yang sedang bermandi-manda, dan juga beberapa kumpulan anak-anak muda yang sedang bermain bola sepak.


Dari Kota Kinabalu Pulang ke Miri

Tepat jam 7 malam, aku menapak ke KKIA -Terminal 2 dari Pantai Tanjung Aru untuk berlepas pulang ke Miri dengan penerbangan AirAsia yang dijadualkan pada pukul 9.30 malam. Tetapi kami berlepas lebih awal iaitu dalam pukul 9.15 malam dan selamat tiba di Lapangan Terbang Miri pada pukul 9.40 malam.

Sebenarnya penerbangan dari Kota Kinabalu ke Miri dan juga sebaliknya hanya mengambil masa di antara 25 hingga 30 minit sahaja. Tetapi mungkin kerana ingin merasionalkan harga tiket, maka dicetak bahawa selang masa di antara pelepasan dan ketibaan adalah selama 45 minit.

Catatan-Catatan Lain
  • Aku sangat berterima kasih kepada Allah SWT kerana memudahkan perjalanan aku sepanjang dua hari aku berada di bandaraya Kota Kinabalu ini. Kecuali hari pertama, itenari aku pada hari kedua sebenarnya atas dasar main redah sahaja setelah mencari beberapa maklumat dari internet. Aku tidak tahu pun bahawa Kampung Warisan, Muzium Tamadun Islam Sabah dan Masjid Negeri Sabah terletak berdekatan sahaja dengan Muzium Negeri Sabah, begitu juga dengan KKIA yang rupa-rupanya berdekatan sahaja dengan Pantai Tanjung Aru. Dan bayangkan jika aku membuat percaturan yang silap dengan berkunjung ke Pantai Tanjung Aru dahulu dan baru ke Muzium Negeri Sabah, tentu sahaja aku dilanda rasa malas dan penat untuk berpatah balik ke pusat bandar dan kemudian perlu berpatah balik lagi ke KKIA.
  • Aku tahu bandaraya Kota Kinabalu juga megah dengan pusat beli-belah yang popular seperti Centre Point, 1Borneo dan Suria Sabah Metrojaya. Tetapi aku memang tidak berminat untuk singgah ke tempat-tempat sebegitu, kerana bagi aku pusat beli-belah di Malaysia ini tidak kira di mana lokasinya, semuanya sama sahaja, tidak ada apa-apa yang boleh menarik perhatian.
  • Jika seorang pelancong asing dilihat melancong seorang diri, itu mungkin akan dianggap oleh masyarakat kita sebagai satu perkara biasa. Tetapi jika seorang pelancong tempatan dilihat melancong seorang diri, kemungkinan besar kita akan dianggap PELIK. Sepanjang aku berada di bandaraya Kota Kinabalu ini, rasanya lebih daripada 10 orang yang bertanyakan aku tentang hal itu sambil menunjukkan riak wajah kepelikan.
  • Ada kalanya aku terfikir alangkah jimatnya jika melancong bersama kawan-kawan. Bukan sahaja boleh berkongsi harga bilik hotel yang lebih besar dan selesa, malah tambang teksi juga boleh menjadi murah jika dikongsi bersama, apatah lagi kalau setakat hendak menikmati seekor udang galah besar di Pasar Malam Sinsuran. Dan alangkah seronoknya juga kalau dapat bersama-sama bersnorkeling di Pulau Manukan. Tetapi pada masa yang sama, alangkah bebasnya melancong seorang diri, bebas untuk membuat keputusan, bebas untuk ke mana-mana sahaja tanpa terikat dengan mood kawan-kawan.
  • Melancong secara bajet seperti aku yang banyak berjalan kaki dan menggunakan pengangkutan bas awam untuk ke mana-mana, ia mungkin agak memenatkan dan merengsakan. But believe me it's worth the experience. After all, what make it last is the special little things that you learned throughout the journey.

3 comments:

noy zry said...

datang lah ke sabah lagi kalau ada masa..sabah sangat menyeronokkan jika anda pergi ke tempat-tempat menarik yang lain..dan sabah juga kaya dengan budaya yang jarang dilihat di tempat lain..cuma kalau di sarawak,,memang negeri yang indah sama seperti sabah..
hope u can enjoy and will come here again

noy zry said...

datang lah ke sabah lagi kalau ada masa..sabah sangat menyeronokkan jika anda pergi ke tempat-tempat menarik yang lain..dan sabah juga kaya dengan budaya yang jarang dilihat di tempat lain..cuma kalau di sarawak,,memang negeri yang indah sama seperti sabah..
hope u can enjoy and will come here again

Erman said...

Terima kasih, memang teringin ke Sabah lagi, tapi berangan-angan nak ke Kundasang

About Me

My Photo
ermanmahmat@yahoo.com